PENDIDIKAN


NOSTALGIA SEMASA SEKOLAH

Masa sekolah rendah aku bersekolah 
di SK Kg Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur 
dari darjah satu hingga enam

Lencana SK Kg Batu

seronok sekolah kat sini sebab sekolah ni tepi Jalan Ipoh tu jer...
x salah aku ni lagu sekolah aku dulu
(klu slh tolong betulkan yer...hehehe)

Lagu Sekolah SKKB

Dibawah Lambang Harapan
Ilmu Suluh Hidup
Azam Menuntut Pelajaran
Sehingga Mencapai Kejayaan
Tinggikan Mutu Berilmu

Agar Hidup Bahagia
Abadi Sekolah Terpelihara
Mulia Sekolah Diutama
Hormat kepda Guru Semua Dan Ibu Bapa
Selamat Sejahtera


Gambar sekolah rendah aku dulu


tamat sekolah rendah aku sekolah menengah kat 
SMK RAJA ALI (SEMERA)

Lencana SEMERA

ni serba sedikit sejarah sekolah aku dulu
pada 7 Julai 1980. Sekolah Kebangsaan Kampung Batu ditukarkan kepada
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali  (SEMERA)
Perasmian dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato' Tan Sri Yaakob bin abd. Latif
Nama sekolah ni pulak diambil sempena nama
Raja Ali bin Raja Jaafar iaitu tokoh tempatan dan Penghulu Mukim Batu
yang pertama yang dilantik secara rasmi oleh kerajaan di awal 1927-1930

Lagu Sekolah SEMERA

Sekolah Raja Ali
Sekolah yang tercinta
Mendidik dan memimpin
Sanjungan anak bangsa

Sekolah yang dibangga
Menabur jasa bakti
Asas ke mercu jaya
Harumkan nama bangsa

Berdisiplin dan berilmu
Berilmu dan berbakti
Hijau, merah dan kuning
Lambang bergerak jaya

Sekolah Raja Ali
Ilmu suci ku timba
Jasa guru ku pinta
Membina nusa bangsa

SEMERA, SEMERA
Sekolah Raja Ali

tu je la serba sedikit tentang sekolah aku dulu 
dari sekolah rendah hingga sekolah menengah
itupun aku cari maklumat dalam internet...
kini aku dah bekerja tapi kat SEKOLAH gak....hehehe
dibawah KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment